Wednesday, June 29, 2011

Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam - JPA



Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pegawai-pegawai dari Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Gred M44 dan M48 yang berminat untuk memohon bagi mengisi jawatan Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan Luar Negara.

Pegawai yang berminat untuk memohon perlulah mempunyai minat untuk menguruskan hal-ehwal pelajar Malaysia di luar negara. Selain daripada itu, pegawai juga mestilah bersedia untuk bekerja tidak mengira waktu, bersikap proaktif, memiliki kebolehan mengurus dan berkomunikasi dengan baik.

Untuk keterangan lanjut berkenaan skop tugas Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan Luar Negara (PPL)sila klik di sini Senarai Tugas

Pegawai-pegawai yang berminat bolehlah memohon secara online dengan mengisi borang permohonan berikut :
Borang A untuk permohonan Pegawai Gred M44
Borang B untuk permohonan Pegawai Gred M48

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Julai 2011 (Jumaat).

Pegawai-pegawai yang disenaraipendek akan dihubungi untuk proses temuduga. Keutamaan akan diberikan kepada pegawai yang telah disahkan kenaikan pangkat pada Gred M44 dan M48.

Jika pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga 8 Julai 2011 (Jumaat), sila anggap permohonan  Tuan/Puan tidak berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts