Friday, May 27, 2011

Jawatan Kosong Pustaka Negeri Sarawak


Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan ba gi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27 (2 KEKOSONGAN – KUCHING)
2. Penolong Akauntan Gred W27 (1 KEKOSONGAN – KUCHING)

Cara Memohon:
1. Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

2. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini
3. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan
4. Hanya permohonan yang dipilih untuk temuduga sahaja akan dihubungi
5. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
6. Tarikh tutup iklan adalah pada : 6 Jun 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts